Sunday, March 1, 2009





Kebanyakan barangan kosmetik yang korang pakai mengandungi bahan yang tidak merbahaya . Barangan ini bolehlah dianggap tidak beracun. Tapi kalau korang tertelan, korang kene mnum air dgn 1 tempayan tau.


Eyeliner
Mengandungi beberapa jenis bahan kimia antaranya lampblack, petrolatum dan parafin, kadangkala aluminium silikat dan asid stirat. Penggunaannya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan kerana boleh menyebabkan pigmentasi pada lapisan mukosa pada mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulin adalah merbahaya pada kulit. Kehadiran yang tidak tulin boleh menyebabkan kerengsaan dan ekzema.


Eyeshadow
Mengandungi lanolin, beeswax, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleate dan bedak. Bedak boleh menyebabkan gangguan paru-paru kalau korang pakai terlalu lama.

Maskara
Maskara mengandungi garam asid stearik berserta pigmen, lanolin, parafin dan lilin carnauba. Sejak penggunaannya selama beberapa tahun, terdapat beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata ke atas penggunanya.

Gincu
x mgandungi bahan2 berbahaya. Kalau korang tertelan x tinggalkan kesan pon.


Pengilat Kuku
Bahan ini terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan plasticizer. Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini, jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin menganggu fungsi otak. jika tertelan haruslah korang dibawa ke hospital dengan segera. Varnish kuku pula boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama sepeti keracunan alkohol.

Bedak
Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan. Bedak mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali serta dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Ia dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

2je yang dapat aku uploadkan setelah lame tidak jenguk blog.... harap ia menjadi info berguna kepada ratu2 di luar sane..