Thursday, May 7, 2009

minggu exam xleh nak on9~
doakan kejayaanku...
hehehe.....

Saturday, May 2, 2009

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu… Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal… Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

tip untuk melupakan p.we kite

* tulis 10 pucuk surat,then korg anta kt diri korg sndri.. pastu korg reply la blk semua surat2 tu..lakukan senbanyak 3kali sehari..

* jauhi dari menonton film hindustan,kore atau pape pon la yg leh bikin kamu tangkap lentok.

* join la chatroom sprti dr3,sel4,se7en hahaha..@ korang masuk ruangan kenalan d majalah (promosi la ckit diri kamu 2)

* sebokkan diri kamu dgn bekerja sampai muntah hijau...(eeeee) xpon kamu wat partime sampai 24hours pon xpe..lg elok,bile duit dh banyak korg leh g melancong..

* korg tgok cermin nthen korg wat lawak ngan org yg ada dlm cermin 2...kmudian korg gelak la sorg2

* hentak kepala kt dinding smpai kamu hilang ingatan

* buang semua gambar die,teddy bear yg die bg kamu n pape je yg berkaitan ngan die

* tulis 10 keburukan die nthen letak tepi katil,time korg nak tido korg baca la...mst korg benci die pnye

* sebolehnye korg bawa hati yg lara tu jauh dr die la

* klu x menjadi gak cara d atas lastly korg terjun bangunan jela!!